HAPPY BIRTHDAY MAK!!!
syukur kepada Allah kerana mak masih ada.
alkisahnya, mak yang disayangi ada dua tarikh birthday.
22 Februari dan 1 Mac.
biasalah, orang dulu-dulu sama ada lambat daftar
atau silap daftar tarikh lahir anak.
tapi bukan salah atuk atau uwan sebab orang lain yang daftar kelahiran mak.
disebabkan itu kami mungkin mempunyai 'kelebihan' untuk sambut birthday mak di antara kedua-dua tarikh itu. hehe..
contohnya, kalau terlupa tarikh 22 Februari (which ayah always do..;)),
kami boleh saja sambut pada 1 Mac.
tapi mak selalu tekankan birthday dia adalah pada 22 Februari!
jadi pada hari tersebut, ucapan disampaikan melalui telefon.
beberapa hari selepas itu, mak datang ke negeri sembilan dan kami adik-beradik menghadiahkannya gelang batu berwarna ungu (sugilite crystal) yang dikatakan ada 'energy' untuk memberikan
kesihatan yang baik kepada pemakainya.
seperti biasa, mak akan ucap terima kasih
dan kemudian memberi komen membina tentang hadiah yang diberi.
"buat apa kau buang duit beli batu buruk yang mahal ni?"
disebabkan kami sudah biasa mendengar komen seumpama itu selain mengumpul batu buruk seperti itu adalah kegemarannya, kami hanya mendiamkan diri saja sambil tersengih.
(sebenarnya, masa tu ada aku dan fuad dan ayah saja. fuad ditugaskan memberikan hadiah sebab aku dah tolong beli.)
tak kisahlah apa dia nak cakap.
apa yang penting, semoga mak sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik oleh Allah dan gembira di samping keluarga.
yang lebih penting lagi, mak juga dilihat sentiasa memakai gelang batu buruk yang mahal itu selepas komen membina yang diberinya.
:-D