.......... truth is ini bukanlah jalan yang ku mau. so sorry... :_(
Thursday, October 24, 2013
...........
.......... truth is ini bukanlah jalan yang ku mau. so sorry... :_(
Thursday, October 17, 2013
Entah kenapa
Perasaan terperangkap dalam dunia luas yang kurasakan serba kacau bilau ini masih ada.
Mahu saja ku pergi jauh.
Jauh dari dunia nyata ini yang hanya meresahkan jiwa dan rasaku.
Pergi sendirian. Agar semua kacau bilau di kelilingku ini hilang perlahan-lahan.
Saturday, August 17, 2013
OST Cinta Jangan Pergi
Friday, June 21, 2013
Bila hati tersentuh...
Kadang-kadang orang paling dekat dan ada pertalian darah dengan kita pun tidak tahu macam mana diri kita. Paling menyakitkan bila orang itu jugalah yang bercakap ikut sedap mulut. Dia rasa dia tahu tentang diri kita tetapi sebenarnya dia tak tahu langsung apa yang kita lalui dalam hidup yang di luar lingkaran hidup dia.
Bukan tak mahu bercerita tetapi cuma tak sanggup nak dengar lebih banyak perkara yang dia rasa macam dia tahu segalanya tentang kita dan segalanya tentang hidup ini sedangkan apa yang kita ceritakan hanya sebahagian kecil dari cerita hidup dan diri kita.
Kadang-kadang lebih baik diam daripada bercerita. Terutamanya apabila orang itu lebih banyak bercakap dari kita, kurang mahu mendengar dan merasakan hanya dia yang betul serta kurang mahu bertanya tentang diri ini yang sebenarnya selalu tersenyum dalam tangis di hati.
Mudah betul menghakimi. Mudah juga dia membuat kesimpulan.
Hati bersabarlah untuk ke sekian kalinya.
Friday, April 12, 2013
layan lagu lagi...
Luluhkan semua keangkuhanku
Saat kau putuskan cintamu
Aku tak mampu melupakanmu
*courtesy of LirikLaguIndonesia.Net
I still love you, really love you
Di hatiku hanya kamu
I still love you, always love you
Hanya kamu yang mengerti diriku
Terlambat ku memahami
Terlalu sakitnya hatimu
Hadapi semua sikap egoku
Kau semakin jauh dari pelukku
I still love you, really love you
Di hatiku hanya kamu
I still love you, always love you
Hanya kamu yang mengerti diriku
Beri aku kesempatan tetap ada di hatimu
Hanya kamu yang mengerti diriku
Di hatiku hanya kamu
I still love you, always love you
Kamu sungguh segalanya bagiku
Monday, April 1, 2013
dan lima tahun pun berlalu...
![]() |
credit |
Tuesday, March 19, 2013
Monday, March 4, 2013
di saat gugurnya wira negara...
Begitu terkesan dengan apa yang berlaku di sekeliling terutama di laman maya selepas berlakunya tragedi pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.
Sebagai cucu bekas polis, lebih menyedihkan apabila ada yang menganggap wira negara yang terkorban hanya sekadar mati katak ketika mempertahankan negara. Itu belum dicampur dengan kenyataan-kenyataan berbaur politik yang dikeluarkan pihak-pihak berkepentingan. Manusia jenis apakah mereka ini? Tiada belas dan rasa kasihan langsung. Jika bukan simpati kepada yang sudah pergi, simpatilah kepada anak, isteri dan keluarga yang mereka tinggalkan; yang masih bernyawa dan mempunyai rasa bagi meneruskan kehidupan ini.
Teringat kisah-kisah yang pernah arwah Atuk ceritakan berkali-kali kepada anak-anak dan cucu-cucunya ketika hayatnya masih ada. Pernah bertugas pada zaman darurat, tragedi berdarah 13 Mei, sebelum serta selepas negara mencapai kemerdekaan, banyak pengalaman sebagai anggota pasukan keselamatan itu yang dilaluinya. Ada yang pedih, ada yang sedih, ada yang menyakitkan tetapi jarang sekali yang menggembirakan.
Arwah Atuk kehilangan ayahnya ketika masih remaja. Berdasarkan khabar yang arwah Atuk terima ketika itu mengatakan ayahnya meninggal dunia selepas diseksa tentera Jepun yang menjajah tanah air pada masa itu. Jika tidak silap, ayahnya dipaksa menelan air sabun sehingga tidak lagi bernyawa. Mungkin juga terkesan dengan peristiwa itu, arwah Atuk tekad menjadikan polis sebagai kerjaya.
Mungkin ada yang lupa, polis mahupun tentera tertakluk kepada menjaga ketenteraman awam serta keselamatan negara tanpa mengira parti politik mana yang menerajui kerajaan. Mereka pihak yang neutral dan sewajarnya dituntut tidak menyebelahi mana-mana pihak ketika bertugas kerana yang diutamakan adalah menjaga keselamatan negara tanpa mengira siapa yang terancam atau diancam.
Disebabkan itu, mereka yang mengeluarkan kenyataan tidak bertanggungjawab ketika tragedi pencerobohan ini sepatutnya berfikir sebelum berkata-kata, melihat sesuatu perkara dalam konteks lebih luas dan tidak hanya mengikut emosi dalam perbuatan mereka.
Apa pun, semoga roh wira-wira negara yang terkorban dalam tragedi pencerobohan Lahad Datu dan kawasan sekitarnya dicucuri rahmat oleh Allah SWT. al-Fatihah... Semoga Allah SWT memberi ketabahan yang tinggi kepada ahli keluarga yang mereka tinggalkan.
Anggota keselamatan yang masih bertugas pula didoakan sentiasa dilindungi Allah SWT walau di mana jua mereka berada. Semoga dipermudahkan untuk menemui jalan penyelesaian terhadap perkara ini. Insyaa Allah.