Saturday, August 12, 2017

Puisi Melayan Rasa


Dihakimi lagi.
Hanya kerana tidak bercerita.
Tentang kisah semalam.

Dihakimi lagi.
Tanpa peluang berbicara jelas.
Kerana tiada kemahuan untuk bertanya memeriksa.

Dihakimi lagi.
Remuk redam hati tiada yang peduli.
Tahunya hanya meneka-neka.

Dihakimi lagi.
Untuk kesekian kali memujuk hati.
Memagar rasa supaya tidak tertambat.

Dihakimi lagi.
Dan titis-titis jernih pun setia memujuk.
Sambil bibir berbisik, kuatlah demi diri nan seorang.

-Dua belas Ogos 2017
-TGWTBS

Friday, August 11, 2017

Susahku Yang Tak Sesusah Dia


Beberapa hari lalu, sambil melayani pertanyaan pelanggan dan cuba menenangkan seorang sahabat yang sedang dilanda masalah hutang arwah bapanya menerusi Whatsapp; dengan pada masa sama sibuk berkira-kira di belakang minda tentang wang simpanan kecemasan yang perlu dikeluarkan untuk melunaskan komitmen bulanan, kedai kami didatangi seorang wanita India.

Dia datang untuk memohon pertolongan. Bukan sesuatu yang pelik kerana kedai kami hampir setiap minggu ada saja pihak atau peminta sedekah yang datang menyinggah. Namun, entah kenapa wanita India ini datang tepat pada saatnya di mana aku sedang kerisauan berfikir-fikir tentang apa lagi kerja yang boleh aku lakukan untuk mendapatkan duit sara hidup bulanan.

Masuk saja ke dalam kedai kami, dia terus bertanya sama ada kami mempunyai kerja kosong. Aku yang melayaninya, dengan berat hati meminta maaf dan menjawab tiada. Dia merayu jika ada kerja mencuci atau mengemas atau apa saja yang boleh dia lakukan asalkan dibayar upah setimpal. Malangnya sekali lagi aku menjawab tiada.

Dengan wajah penuh gundah, dia meluahkan rasa kecewa dan hampir putus asa untuk mencari kerja yang sesuai. Katanya, dia sudah malu untuk meminta bantuan kewangan dan kerja kosong. Semua ini terpaksa dilakukannya demi 4 anaknya yang berumur antara 8 hingga 15 tahun. Suaminya baru beberapa bulan meninggal dunia akibat sakit jantung.

Sudah banyak tempat dia mencari kerja kosong dan kepalanya pun selalu pening memikirkan bagaimana untuk memberi anaknya makan setiap hari. Sambil memohon maaf dan merayu supaya aku tidak memarahinya, dia meminta supaya maklumkan kepadanya jika ternampak mana-mana jawatan kosong yang sesuai.

Aku cepat-cepat meminta nombor telefon bimbitnya. Tetapi dengan muka sedih, dia menjawab "telefon pun saya tak ada sebab tidak mampu." Oh..aku terdiam. Riak sedih itu berpindah pula ke wajahku. Namun, sudahnya dia berjanji akan datang semula minggu depan jika masih belum berjaya mendapat kerja.

Sebelum beredar, sekali lagi dia melahirkan kesusahan hatinya memikirkan tentang anak-anak yang perlu disuap makan. Kami yang dari tadi memang sudah berniat membantu terus menghulurkan sejumlah wang yang mungkin boleh sedikit sebanyak meringankan beban dihadapinya untuk sementara.

Raut wajahnya nampak sedikit lega. Dia berjanji akan membayar balik bila sudah mendapat gaji.

Benarlah, kadang-kadang apabila kita rasa hampir putus asa, resah gelisah dengan masalah yang dirasakan besar yang kita ada, secara tiba-tiba Tuhan  datangkan orang yang masalahnya lebih besar dan susah daripada kita sebagai peringatan.

Sudah banyak kali sebenarnya Allah beri peringatan seperti ini. Dan di saat itu juga aku menjadi lebih redha.

Thursday, July 20, 2017

Posting untuk tahun ini. Hahaha.



Woww.. dah lebih setahun tak menjenguk ke sini.
Mungkin tiada hal menarik yang boleh diraikan dan dikongsikan di sini.
Mungkin juga ada yang mencuit dan menyentuh hati tapi segan menguasai diri.
Penyegan betui haihhh!

Ada beberapa perkara yang dirancang tapi tidak menjadi seperti yang diharapkan.
Orang kata, fast action, fast result; slow action, no result. Hah memang betui pun!
Setiap hari adalah hari baru dan setiap hari jugalah aku belajar untuk memperbaharui tindakan tanpa jemu.
Tetapi, of course, kadang-kadang lelah juga.

Ada lagi beberapa perkara lain yang ingin dicuba selepas ini.
Semuanya aku sandarkan kepada yang di atas sana.
Moga Dia merestui dan memberikan kekuatan untuk aku terus melangkah dan berlari.


Oh! Kadang-kadang terfikir juga kenapa masih di sini, sedangkan updatenya cuma sekali setahun.
Pembacanya pun entah ada entah tidak.
Lucu. Ketawa sendiri.

  

Monday, June 20, 2016

Dan setahun pun berlalu...

Supposedly published in March 2016. Better late than never kan. Hahaha..

Rupanya dah setahun lamanya tak menjejakkan kaki di negeri Hang Tuah, tempat lama aku mencari rezeki dahulu. Haha.. seriously aku memang baru realized benda ni lepas datang semula ke Melaka semalam. Ada jemputan kawen member baik seofis dulu. Disebabkan teringat & menghargai masa lalu time member aku yang comel ni suka buat sesi bercerita tentang kejadian-kejadian dalam hidupnya dulu selain banyak tolong aku yang kadang-kadang terkial-kial cari story tinjauan masalah rakyat, jadi aku ambil keputusan wajib hadir kenduri dia. 

Aku pergi dengan sahabat baik aku yang juga sama tempat kerja dulu. Sepatutnya jadi macam reunion dengan kawan-kawan lama kat sini tapi kami sampai lambat ke kenduri tu, terlepas la perjumpaan yang tak dirancang pun sebenarnya itu. Yang mana tahu kami ada, sempat la kami jumpa. Yang penting dapat jumpa seorang lagi kawan baik masa keje kat sana dulu, Amy yang sentiasa dirindui, rajin & suka membantu. Ok sempat juga kami singgah buat lawatan ke opis dulu.. macam biasa ada beberapa orang baru dan lama dengan rutinnya yang masih sama.

Sebenarnya nak cerita tentang rasa pelik yang aku alami ketika dibawa menelusuri laluan-laluan kerja ku dulu selain tempat-tempat lepak kami dulu ketika lepas waktu keje - kedai kakak bawah; kedai salam, kedai mee goreng mamak simple, Aeon Bandaraya (tempat shopping groceries!) & Ayer Keroh, Jonker Walk, sekadar menyebut beberapa port.. haha. Semuanya seolah-olah aku berdiri di luar garisan sambil melihat apa yang ada di seberang garisan tanpa dapat aku gapainya lagi. Ini ke namanya rindu tempat lama? It was like seriously ke aku dah resigned & dah tak ada kat sini? My soul is still there I guess but my body has gone... or perhaps the other way round?

Bila tengok kawan-kawan rapat yang jadi peneman dulu teringat kenangan masa buat liputan untuk macam-macam kes, operasi & majlis dulu..huhuuu. Lima tahun kat sini macam-macam pengalaman ditempuh. Walaupun takde hebat mana pun pengalamannya tapi cukup untuk aku bina persahabatan & kumpul memori serta kekuatan yang orang lain mungkin tak dapat.

Melaka is dear to my heart. Ntah kenapa aku suka negeri ni - mungkin ada similarity dengan hometown aku selain kehidupan kat bandar tu yang simple berbanding bandar macam Kay El. Kay El semak & menyesakkan. Dan aku sebenarnya tak pernah bagitau sesiapa pun yang tempat kerja impian aku kalau ditakdirkan kena transfer adalah Melaka..haha. Simpan dalam hati je & sungguh Allah itu Maha Mengetahui apa yang tersembunyi. Dihantarnya aku ke sana.

Tapi sekarang semuanya jadi kenangan sahaja. Ada juga simpan azam nak turun ke sana sekali setiap tahun kalau mengizinkan. InsyaAllah.

Anyway, Alhamdulillah for my past experience..hehe. Living my present life one step at a time. Hoping for a successful & better future ahead. Ameen Ya Mujib. 


Sehari sebelum pelantikan CM Melaka yang baru masa 2013..masih jugak dia tak nak sahkan yang dia bakal dilantik. Geram betul masa ni. Haha. 





Mic tak mewakili company tempatku bekerja dulu ya. Tukang pegang je ni. Haha.


Kengkawan media yang sempoi dan meletoppp !






Friday, March 11, 2016

Gotta trust Him more... !


Kadang-kadang aku terlupa apa yang terbaik untukku telah ditentukan-Nya. So video ni save kat sini supaya boleh beringat. Bismillahi tawakkaltu allahi walaa hawla walaa quwwata illa billahil 'aliyyil 'azim.






Wednesday, January 6, 2016

Selamat Tahun Baru 2016!


Saper je la yang baca blog ni lagi... hahaha.
Happy New Year yet again!
Setahun tak update, berhabuk bersawang, silap-silap ada Spiderman tinggal kat dalam ni. Kikikiki...

Woah woah.. what a start..happy nampaknya. Tapi Tuhan sahaja yang tahu sebenarnya. ;-)

Moga tahun ini aku dan engkau yang sedang membaca entry ini ditambahkan lagi rezeki yang berkat & melimpah-ruah bersama kejayaan yang tidak pernah putus. Aku doakan pembaca blog (kalau ada la kan.. hahaha) dan diriku ini menjadi orang yang lebih baik setiap hari dan dikasihani-Nya selalu.

Luv Luv Muakss Muakss..

Tuesday, February 3, 2015

2015

New year.
New spirit.
New mission.
Renewing hope.

Hoping it last till next new year & till forever. InsyaaAllah.