![]() |
credit |
Genap lima tahun lalu pada tarikh ini, adalah hari pertama aku mencari bersuap-suap nasi di syarikat ini. Hasilnya sekarang, berat badanku bertambah sehingga melangkaui batas fikiran aku kira-kira lima tahun lalu. Kalau ikut cakap mak teh, berat badan bertambah mungkin sebab rezeki murah selalu. Namun, itu aku anggap sebagai statement menyedapkan hati sajaaaa. Hahaha..
Selain membesarkan badan, dapat juga peluang mengenali pelbagai ragam dan watak orang sekeliling tempat ini. Ada yang baik hati, ada yang tak ada hati, ada yang suka hati, ada yang berhati-hati, ada pula yang menyakitkan hati, ada juga yang busuk hati dan ada juga yang ada hati. Tapi satu saja yang belum jumpa-jumpa - buah hati. huhuhuhu...
Semua yang ditemui sepanjang lima tahun ini dianggap satu perjalanan pengalaman yang panjang menuju destinasi yang belum begitu pasti. Mungkin juga sampai satu masa, akan terhenti perjalanan di sini dan bersambung pula ke laluan lain dengan kutipan pengalaman baru pula. From time to time, I do need some new adventures. Bila la tuuuu...
Tidak dinafikan kerja ini memang mencabar diriku ini yang selalu dilabel lemah lembab dan lemah lembik. Hahaha..tapi aku peduli apa, semuanya diharungi, semuanya diredah, semuanya diturutkan sampai ada ketika penat tak terucap. Dan memang betul juga, kerjaya ini langsung tidak ada life. Hampir setiap kali terasa mahu belajar kemahiran baru di kelas anjuran macam-macam pihak tetapi waktu kerja yang langsung tidak menentu, membantutkan semuanya. Lelah memikirkannya sampai depressed.
Selepas lima tahun juga, ada juga hari-hari kebelakangan ini yang terasa seperti satu rutin dan serupa saja. Tetapi ada yang kata memang setiap hari kita akan rasa seperti tiada sebarang perubahan berlaku dalam hidup kita kerana semuanya yang dilakukan seolah-olah sama saja. Namun, kalau kita imbas kembali hari-hari lalu sepanjang hidup, sudah pasti ada perbezaannya antara lima tahun dulu dengan saat ini. Sudah pasti juga ada banyak memori yang tercipta. Tentu ada banyak perkara baru yang dipelajari dengan pada masa sama banyak juga yang perlu dipelajari. Dan sudah tentu juga banyak perkara yang sudah ditinggalkan dan dilepaskan untuk laluan kepada kutipan perkara baru.
Sepanjang tempoh itu, kesukaran mengawal perasaan homesick juga menjadi cabaran untuk diri. Sehingga saat ini, rasa itu masih ada. Mungkin sampai bila-bila selagi mana berjauhan. Terima kasih kepada Mak dan Ayah yang sentiasa memahami situasi kerja di sini. Mereka juga rindu tetapi apakan daya. Hendak hidup berdikari kononnya...hahaha. Mungkin suatu hari nanti peluang untuk pulang kembali akan muncul tetapi bukan dengan kerjaya ini. Tak sesuaiiii...banyak faktor yang perlu difikirkan.
Terima kasih Allah untuk rezeki lima tahun di sini. Ini semua ketetapan-Mu. Semoga tahun mendatang membawa lebih banyak perkara bermanfaat dan dijauhkan dari perkara sedih serta mengecewakan. Banyak lagi yang perlu dipelajari.....
1 comment:
InsyaAllah....Amin!
Post a Comment